INCLUDE_DATA

http://blog.mytadika.com

“Panduan Mudah, Padat dan Praktikal Perniagaan dan Pengurusan Tadika”

Category

BUKA TADIKA DI KUALA LUMPUR DAPAT RM10,000

Posted in June 9th, 2010

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

“BUKA TADIKA DI KUALA LUMPUR DAPAT RM10,000″

wow senangnya nak dapat RM10,000, betulkah berita ni?

Ya memang betul, jika anda buka tadika anda akan diberi RM10,000 PERCUMA!! bukan saya yang akan memberi RM10,000 kepada bakal pengusaha Tadika tetapi kerajaan Malaysia yang cukup bermurah hati dan terlalu baik hati.

Mungkin ada yang terlepas untuk membaca akhbar Kosmo pada 23 mei 2010 (mukasurat  8 ) yang ada menyatakan berita gembira ini. Bagi mereka yang tidak sempat atau terlepas membaca akhbar Kosmo tersebut, ini adalah sebahagian petikan darinya;

“KUALA LUMPUR - sesiapa sahaja yang berminat membuka tadika di ibu kota akan mendapat geran pelancaran daripada kerajaan sebanyak RM10,000. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sokongan kerajaan itu bertujuan memastikan tiada kanak-kanak bandar tercicir daripada peluang mendapatkan pendidikan prasekolah.

“Anak-anak yang mahu masuk ke tadika mesti diberi peluang pergi ke kelas tadika. “Jadi kalau sesiapa yang berminat hendak buka kelas tadika, kerajaan akan memberi geran pelancaran RM10,000″ katanya.    ” Continue reading this post…

EBOOK TADIKA DAN TASKA DICETAK ROMPAK OLEH PELANGGAN

Posted in November 25th, 2009

Assalamualaukum dan salam sejahtera

Info hari ini agak menyedihkan dan mengecewakaan ……

Saya telah menerima maklumat dari sumber yang sahih memberitahu bahawa ebook dan cd hakmilik rahsiabisnbestaska.com dan rahsiabisnestadika.com telah dicetak rompak oleh pihak yang tak bertanggunjawab. Menurutnya cd dan ebook saya tersebut diberikan kepada para peserta yang mengikuti bengkel taska tadika yang dianjurkan oleh syarikat B—– V—— setiap bulan  di UPM, Selangor.

Saya amat menyesali perkara ini kerana ia dilakukan oleh pemilik syarikat dan penganjur bengkel tersebut F—- S——- yang mana beliau adalah bekas pelanggan saya yang membeli cd tersebut dari saya. Untuk makluman saya tidak pernah memberi keizinan kepada beliau menggunakan bahan-bahan hasil dari penat lelah dan tulisan tangan saya, beliau juga tidak pernah memaklumkan kepada saya atau meminta izin secara bertulis untuk menggunakan bahan-bahan tadika dan taska hakmilik saya bagi peserta bengkel beliau. Dengan kata lain beliau telah mencuri harta orang lain dan melakukan cetak rompak tanpa rasa bersalah dan berdosa.

Ingin saya ingatkan di sini (mungkin beliau terlupa atau sengaja tidak mahu mengingatnya)

Sesungguhnya Allah telah memberi peringatan janganlah kamu memakan harta yang tidak halal iaitu harta yang diperolehi dengan cara haram kerana kelak ianya akan membinasakan anda sendiri. Ketahuilah melakukan cetak rompak kemudian menjual kepada orang ramai adalah sama seperti mencuri harta orang lain. Mungkin hari ini anda boleh gembira dan bersenang lenang menikmati ribuan wang ringgit hasil dari mencuri harta orang lain tetapi….. bagaimana pula dengan kerberkatannya?

Atau adakah beliau merasakan “keberkatan” itu tiada makna untuknya, maka sebab itulah beliau begitu rakus mengaut wang dan keuntungan tanpa sedikitpun rasa malu, bersalah dan berdosa?.

Kepada peserta-peserta bengkel beliau, saya amat bersimpati kerana mereka tidak bersalah sebaliknya menjadi mangsa penipuan penganjur bengkel tersebut. Amat menyedihkan kerana peserta bengkel terpaksa membayar yuran kursus ratusan ringgit  tetapi hasilnya……ingin saya ingatkan kepada bekas peserta atau bakal peserta bengkel tersebut supaya lebih berhati-hati agak tidak bersekongkol / bersubahat melakukan kejahatan. Saya tahu, niat, tujuan dan hasrat peserta menyertai bengkel tersebut adalah suci iaitu untuk menambah ilmu dan pengetahuan dalam bidang taska dan tadika sebelum menjalankan perniagaan taska / tadika. Agar Allah memberkati niat dan usaha yang dilakukan sebaik-baiknya carilah ilmu dari sumber yang halal kerana kita berniaga bukanlah untuk setahun dua tetapi biarlah perniagaan tersebut berpanjangan dan diberkati olehNya.

Akhir kata, nasihat saya kepada pihak yang tak bertanggungjawab segera hentikan perbuatan terkutuk itu demi memertabatkan maruah tadika dan taska di Malaysia. Jangan lupa tentang tanggungjawab kita sebagai pengusaha atau bakal pengusaha tadika / taska, iaitu untuk mewujudkan tadika / taska yang berkualiti di Malaysia demi anak-anak bangsa yang tercinta.

P.S bagaimana cara untuk mengelak ebook / produk / cd / dll  dari dicetak rompak?  saya amat mengalu-alukan pandangan dari pengunjung setia blog ini. Harap dapat berikan komen anda di sini.

BULAN MEMPROMOSIKAN TADIKA ANDA

Posted in September 15th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rasa macam tak percaya pula yang kita sudah berada di bulan September. .. oooh cepatnya masa berlalu meninggalkan kita. Bagi mereka yang merancang masanya dengan baik, maka beruntunglah dia dan begitulah sebaliknya…..

“Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian…”

Memandangkan kita sudah berada di bulan-bulan akhir 2009 dan akan menyambut sesi persekolahan 2010, maka saya ingin membincangkan perkara yang teramat penting dalam dunia  perniagaan TADIKA iaitu iklan dan promosi.

Saya percaya, bermula dari sekarang para pengusaha TADIKA agak sibuk mempromosikan tadika mereka untuk pendaftaran pelajar bagi sesi 2010. Di tempat saya, sudah kelihatan sepanduk / banner TADIKA di tepi jalan. Brosur / phamplet TADIKA sudah mula diedar ke kawasan taman perumahan dan kesana sini. Maklum sajalah selepas raya nanti ibubapa akan mula mengintai-intai TADIKA untuk mendaftarkan anak mereka.  Oleh itu bagi Pengusaha TADIKA yang bijak, inilah masanya untuk melakukan promosi secara aktif dan kreatif. Continue reading this post…

PETUA MENJADI USAHAWAN MUSLIM YANG CEMERLANG

Posted in September 9th, 2009

12 AMALAN-AMALAN MURAH REZEKI

1. Mengamalkan bacaan sural Al-waqiah

2. Membaca ayat seribu dinar

3. Mengerjakan solat sunat dhuha

4. Memperbanyakkan istighfar

5. Meninggalkan perbuatan dosa

6. Berbakti dan mendoakan kepada kedua ibubapa

7. Berbuat baik dan menolong orang lemah

8. Melazimi bersedekah

9. Mengeluarkan zakat

10. Menunaikan hajat orang lain

11. Membuat banyak kebajikan

12. Menjalin hubungan baik sesama manusia

Persediaan Dokumen Untuk Kertas Kerja TADIKA

Posted in May 5th, 2009

Assalamualaikum dan salam  sejahtera.

Bagaimana dengan cuti Hari Pekerja yang lepas?. Semoga kita semua lebih bersemangat untuk memburu impian. Saya yakin setiap pengunjung blog ini mempunyai impian masing-masing, jadi, inilah masanya untuk anda mengatur langkah agar impian anda itu tercapai.

Hari ini saya akan menyambung post saya yang lepas iaitu berkenaan dengan seminar TADIKA yang telah saya hadiri pada 28.4.2009 di Good Hope Hotel, Johor Bahru. Saya ingin berkongsi intipati seminar tersebut dengan anda semua. Semoga kita sama-sama dapat mengambil manfaat dan menambah ilmu yang sedia ada khasnya dalam penubuhan TADIKA.

SUSUNAN KERTAS KERJA & DOKUMEN PERSEDIAAN INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA TADIKA.

1. DOKUMEN Iringan dalam Kertas Kerja:

1. Gambar Premis dari sudut hadapan dan tepi (Tadika )

2. Surat SSM (ROB) – Pengesahan Carian Nama IPS (Booking Nama Tadika)

3. Permit Guru Besar ( 3 tahun ) / Sijil Guru Besar (Pesara Guru / Bekas Guru)

4. Salinan Kad Penganalan semua nama yang tersenarai dalam kertas kerja

dan Sijil Akademik /Profesional

5. Surat Perjanjian Sewaan Premis / Sale Purchase Agreement (Milik Sendiri)

6. CFO Premis / Cukai Tahunan Premis ( 5 salinan dikepilkan )

7. Pelan Lokasi ke premis (lukisan computer) ( 5 salinan dikepilkan )

8. Pelan Lantai dengan ukuran dalam kiraan kaki ( 5 salinan dikepilkan )

( 5 set salinan dokumen di atas tidak dibinding/ dimasukkan dalam kertas kerja)

9. Surat Perjanjian Franchais ( jika terlibat) Continue reading this post…

Seminar Penubuhan Institusi Pendidikan Swasta - TADIKA

Posted in April 30th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung blog MyTadika.com.
Semoga anda semua sihat, ceria dan sukses selalu.

Pada 28/4/2009 yang lepas, saya telah berpeluang menghadiri seminar penubuhan institusi pendidikan swasta (IPS) yang telah diadakan di Hotel Good Hope, Skudai, Johor Bahru. Meskipun pada tahun 2007, saya telah menyertai seminar yang sama tetapi oleh kerana ingin menambah dan updatekan ilmu maka saya meluangkan masa (8pagi - 2pm) menghadiri seminar tersebut.

Tahniah kepada Jabatan Pendidikan Johor (Cik Norbiha, Tn. Haji Mohd Saad dan pegawai-pegawai lain) atas usaha dan komitmen mengadakan seminar yang amat berfaedah itu.  Dengan bayaran RM80 (termasuk 2 kali makan) ianya amat berbaloi kerana setiap peserta seminar diajar dengan terperinci bagaimana untuk menubuhkan Tadika, Pusat Tuisyen, Pusat Bahasa, Pusat Perkembangan, Pusat Kemahiran dan Pusat Latihan Komputer. Continue reading this post…

Apa komen anda?

Posted in January 14th, 2009

Assalamualaiukum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung setia blog ini.

19937288thc.jpg

Wow rupanya sudah hampir 4 bulan saya tidak menulis di blog ini (rasa macam baru 4 minggu je, eehmm). Kenyataannya masa kini berlalu semakin pantas meninggalkan kita, jadi untuk tidak jauh ketinggalan di belakang maka kita perlu berjalan berlari dengan pantas,  agar seiringan dengan masa.

Sebentar tadi saya menerima panggilan talifon daripada Pn. Nora dari Kota Tinggi, Johor. Saya agak terharu dengan pengakuan Pn. Nora yang memberi komen  tentang ebook Rahsia Bisnes Tadika. Menurut beliau  terlalu banyak maklumat yang beliau pelajari dari ebook tersebut. Langkah demi langkah bagaimana menubuhkan dan menguruskan tadika diceritakan dengan jelas dari A hingga Z.  Puan Nora mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana saya sudi berkongsi ilmu dan pengalaman di dalam ebook rahsia bisnes tadika tersebut.

“Puan Ummi Sofea, saya amat berpuas hati membeli PAKEJ SUPERDEAL ianya terlebih berbaloi dari apa yang saya harapkan, ebook rahsia bisnes tadika tersebut menceritakan semuanya dari A hingga Z tentang perniagaan Tadika, puan telah sediakan semuanya dalam PAKEJ SUPERDEAL tersebut, tinggal suap masuk ke mulut sahaja” begitulah kata-kata Pn. Nora ketika menalipon saya.

Sebenarnya hampir setiap hari saya  menerima sms dari para pelanggan dan juga panggilan talifon. Mereka mengucapkan terima kasih kerana ebook rahsia bisnes tadika yang saya tulis itu banyak membantu beliau untuk memahami, mengumpul maklumat dan mengandungi tip-tip berguna dalam perniagaan tadika.  Saya memohon maaf kerana tidak dapat membalas kesemua sms yang dihantar. (Bulan Disember dan Januari adalah antara bulan-bulan yang “mencabar” bagi pengusaha tadika, betul tak?)

Khas kepada para pelanggan yang telah membeli PAKEJ SUPERDEAL dan membaca ebook rahsia bisnes tadika sekali berulang-ulang kali, anda boleh berikan komen dan pendapat anda berkenaan dengan ebook tersebut di sini. semoga para pengunjung lain juga dapat berkongsi maklumat tentang keistimewaan dan kekurangan ebook rahsia bisnes tadika.

BONUS 1 - Pengalaman penulis sebagai pengusaha tadika

Posted in August 7th, 2008

th_uxw5pbkrag.gif

Salam Sejahtera untuk semua para pembaca blog yang setia

Berita Baik bulan ini ialah, BONUS 1 telah siap dikemaskinikan, suatu pendedahan yang cukup berani dan penuh kontoversi dari penulis Ebook Rahsia Bisnes Tadika.

Apa itu Bonus 1? Bonus 1 adalah sebuah ebook yang yang menceritakan pengalaman-pengalaman penulis dan kejayaan beliau dalam perniagaan tadika. Sepatutnya ia ditulis dalam 15 muka surat sahaja tetapi memandangkan penulis ingin berkongsi lebih banyak pengalamannya dengan pelanggan setia, maka tanpa disedari Penulis telah menulis melebihi dari 50 mukasurat. Ebook Bonus 1 itu bukan sahaja mengandungi banyak informasi penting berkaitan dengan pengurusan tadika tetapi ia juga diselit dengan motivasi diri dan rahsia-rahsia kejayaan beliau yang tidak pernah didedahkan sebelum ini. Satu pendedahan yang eksluksif dan cukup kontroversi!

Bagaimana untuk mendapat Bonus 1? Bonus 1 hanya diberi kepada pelanggan yang telah membeli Ebook Rahsia Bisnes Tadika iaitu PAKEJ PREMIUM dan PAKEJ SUPERDEAL sahaja!. Memandangkan mereka telah menunjukkan minat yang mendalam dan serius untuk menjalankan perniagaan tadika, maka penulis merasakan mereka berhak untuk mendapat BONUS 1. Tahniah kepada pelanggan PAKEJ PREMIUM dan PAKEJ SUPERDEAL, anda telah membuat keputusan yang tepat, bersedia untuk memulakan perniagaan tadika anda!

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan BONUS 1, masih belum terlambat untuk anda membuat keputusan. KLIK DI SINI untuk dapatkannya sekarang.

P.S: Untuk pelanggan PAKEJ PREMIUM dan PAKEJ SUPERDEAL sahaja: saya telah menghantarkan link untuk anda muaturun BONUS 1 melalui email yang anda berikan, sekiranya masih ada yang belum menerima, harap dapat SMS kepada saya dengan segera.

P.P.S: Untuk pelanggan PAKEJ EKONOMI sahaja: untuk dapatkan BONUS 1, anda boleh upgrade pakej anda kepada PAKEJ PREMIUM atau PAKEJ SUPERDEAL, pada bila-bila masa sahaja. Harap dapat emailkan saya.

P.P.P.S: Kepada bakal-bakal usahawan yang berminat untuk mendapatkan panduan dan rahsia perniagaan TADIKA, segera layari: www.RahsiaBisnesTadika.com

tadika.gif

KURSUS TADIKA ANJURAN PERSATUAN TADIKA ISLAM MALAYSIA

Posted in July 16th, 2008

th_glitter-16.gif

Tajuk Kursus: Memupuk ciri-ciri khalifah dalam pendidikan awal kanak-kanak & pergerakan kreatif

Sasaran: pengetua, guru-guru dan kakitangan tadika

Pengisian: (i)Teknik dan konsep bagaimana untuk memupuk ciri-ciri khalifah dalam diri kanak-kanak dan menerapkan kecintaan kepada Allah dalam diri guru dan murid. (ii) Pergerakan kreatif bagi membantu perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak.

Tarikh: 27/Julai/2008

Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Tempat: Bilik Titanium, Blok 2, SIRIM Berhad, Shah Alam, Selangor

Penceramah:

(i) Dr Azizan Bin Ahmad (Pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia)

(ii) Puan Khairul Bariah Bt Haroen ( Dip. Creative Movement, Uni. Toronto, D.Degree in TESL & Music, Uni. Michigan, Master in Human Development, UPM)

Bayaran: RM60 seorang (termasuk makan 3X, bahan dan sijil)

th_ladybugglitter.gifPENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG! Sila hubungi Pn. Hjh Siti Pauziah (019-3321963)

SIRI 2 - Lawatan Kerja ke Tadika-tadika Islam di Indonesia

Posted in June 27th, 2008

Tahukah anda yang anda boleh membina 3G puzzle dengan kotak-kotak terpakai? Mungkin tidak ramai yang sedar bahan-bahan terpakai seperti kotak, bekas telor, kad jemputan kahwin, surat khabar lama, kertas pembalut hadiah, botol air mineral dan banyak lagi barang-barang yang ada di rumah anda boleh digunakan semula untuk “mencipta” alat permainan kanak-kanak , puzzle, bahan bantu mengajar, alat muzik dan banyak lagi.

Cuba anda lihat gambar di bawah. Ini adalah hasil kreativiti kanak-kanak tadika (sambil dibantu oleh guru mereka) telah berjaya “menciptakan” 3G puzzle. Ia bukan sahaja nampak menarik tetapi juga boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti p & p . Jangan bazirkan wang anda untuk membeli 3G puzzle atau flash card yang mahal sebaliknya cipta sendiri bersama pelajar tadika anda ketika pembelajaran komponen kreativiti dan estetika.

p5250164.jpg

Beg kertas yang terpakai jangan dibuang, sebaliknya kumpulkan beg-beg kertas (paper bag) yang anda perolehi apabila menghadiri kendiri kahwin, mendapat hadiah dari kawan-kawan, dan sebagainya. Berikan beg-beg kertas terpakai itu kepada pelajar tadika anda bersama bahan-bahan untuk mnghias beg-beg tersebut. Anda akan terkejut apabila melihat hasilnya nanti. Tak percaya? anda boleh cuba meminta pelajar anda membuatnya berdasarkan kreativiti masing-masing. Pelajar bukan sahaja berasa seronok kerana dapat mencipta beg kertas yang baru tetapi juga bertambah gembira kerana dapat melahirkan daya kreativitinya sendiri. Continue reading this post…

About The Site

myimgblog.Mytadika.com is the extension of Mytadika.com to share knowledges and keep up-to-date with the news and tips in pre-school education. It is our responsibilities to educate youngsters, and the first step is pre-school education.