INCLUDE_DATA

http://blog.mytadika.com

“Panduan Mudah, Padat dan Praktikal Perniagaan dan Pengurusan Tadika”

Category

BUKA TADIKA DI KUALA LUMPUR DAPAT RM10,000

Posted in June 9th, 2010

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

“BUKA TADIKA DI KUALA LUMPUR DAPAT RM10,000″

wow senangnya nak dapat RM10,000, betulkah berita ni?

Ya memang betul, jika anda buka tadika anda akan diberi RM10,000 PERCUMA!! bukan saya yang akan memberi RM10,000 kepada bakal pengusaha Tadika tetapi kerajaan Malaysia yang cukup bermurah hati dan terlalu baik hati.

Mungkin ada yang terlepas untuk membaca akhbar Kosmo pada 23 mei 2010 (mukasurat  8 ) yang ada menyatakan berita gembira ini. Bagi mereka yang tidak sempat atau terlepas membaca akhbar Kosmo tersebut, ini adalah sebahagian petikan darinya;

“KUALA LUMPUR - sesiapa sahaja yang berminat membuka tadika di ibu kota akan mendapat geran pelancaran daripada kerajaan sebanyak RM10,000. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sokongan kerajaan itu bertujuan memastikan tiada kanak-kanak bandar tercicir daripada peluang mendapatkan pendidikan prasekolah.

“Anak-anak yang mahu masuk ke tadika mesti diberi peluang pergi ke kelas tadika. “Jadi kalau sesiapa yang berminat hendak buka kelas tadika, kerajaan akan memberi geran pelancaran RM10,000″ katanya.    ” Continue reading this post…

MASIH ADA PELUANG, rebutlah Pakej Superdeal

Posted in January 15th, 2010

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Bagaimana dengan hujung minggu anda? saya harap semuanya berada dalam keadaan baik dan selamat. Bagi mereka yang bekerja 5 hari seminggu sudah tentu berpeluang utk berehat pada esok dan lusa. Sudahkah anda merancang bagaimana utk menghabiskan hari minggu anda? Walau apapun jadual hari minggu anda, yang penting ianya memberi manfaat kepada anda semua. Good Luck!

Info ringkas dari saya pada hari ini ialah tentang PAKEJ SUPERDEAL EBOOK RAHSIA BISNES TADIKA

Seperti yang telah saya tulis dalam post yang lepas, pakej Superdeal akan dinaikan harga selepas 15.11.2009. Kalau sekarang harga Pakej Superdeal hanya RM97 (terlalu murah berbanding dgn kandungannya yang berbaloi-baloi) maka selepas tarikh itu harganya akan dinaikkan antara RM150 - RM190 . Ramai yang menghantar email kepada saya bertanya mengapa ada perubahan harga, ramai juga yang kecewa kerana baru berjumpa dengan laman web saya kemudian tengok harga dah naik…. tak kurang juga yang merayu kepada saya nak beli dengan harga lama (RM97)… serba salah pulak saya dibuatnya. Continue reading this post…

Promosikan syarikat / produk anda sekarang!

Posted in January 12th, 2010
Published in Seminar TADIKA

assalamualaikum dan salam sejahtera

NOTIS PENGUMUMAN PENTING

kepada mana-mana syarikat atau sesiapa yang mempunyai laman web yang menjual peralatan, buku, kelengkapan untuk tadika / prasekolah dan ingin mempromosikan syarikatnya kepada umum secara PERCUMA, harap dapat hubungi saya dengan segera.

Syarikat yang menawarkan perkhidmatan seperti melukis mural, membuat banner, menganjurkan kursus tadika  dll juga boleh memohon dan akan dipertimbangkan.

Tawaran istimewa ini hanya terhad kepada 5 pemohon yang pertama sahaja.

Untuk makluman, saya sedang di peringkat akhir menyiapkan buku yang berkaitan dengan perniagaan TADIKA yang akan diterbitkan oleh PTS Professional Publishing Sdn Bhd, dan dijangka buku tersebut akan berada di pasaran pada Februari 2010.

Sehubungan itu, saya akan meletak maklumat syarikat dan membantu mempromosikan syarikat yang terpilih tersebut di dalam buku saya secara percuma. Oleh yang demikian, jangan lepaskan peluang keemasan ini. segera hubungi / emelkan saya di

ummisofea@gmail.com

Sekian terima kasih.

EBOOK TADIKA DAN TASKA DICETAK ROMPAK OLEH PELANGGAN

Posted in November 25th, 2009

Assalamualaukum dan salam sejahtera

Info hari ini agak menyedihkan dan mengecewakaan ……

Saya telah menerima maklumat dari sumber yang sahih memberitahu bahawa ebook dan cd hakmilik rahsiabisnbestaska.com dan rahsiabisnestadika.com telah dicetak rompak oleh pihak yang tak bertanggunjawab. Menurutnya cd dan ebook saya tersebut diberikan kepada para peserta yang mengikuti bengkel taska tadika yang dianjurkan oleh syarikat B—– V—— setiap bulan  di UPM, Selangor.

Saya amat menyesali perkara ini kerana ia dilakukan oleh pemilik syarikat dan penganjur bengkel tersebut F—- S——- yang mana beliau adalah bekas pelanggan saya yang membeli cd tersebut dari saya. Untuk makluman saya tidak pernah memberi keizinan kepada beliau menggunakan bahan-bahan hasil dari penat lelah dan tulisan tangan saya, beliau juga tidak pernah memaklumkan kepada saya atau meminta izin secara bertulis untuk menggunakan bahan-bahan tadika dan taska hakmilik saya bagi peserta bengkel beliau. Dengan kata lain beliau telah mencuri harta orang lain dan melakukan cetak rompak tanpa rasa bersalah dan berdosa.

Ingin saya ingatkan di sini (mungkin beliau terlupa atau sengaja tidak mahu mengingatnya)

Sesungguhnya Allah telah memberi peringatan janganlah kamu memakan harta yang tidak halal iaitu harta yang diperolehi dengan cara haram kerana kelak ianya akan membinasakan anda sendiri. Ketahuilah melakukan cetak rompak kemudian menjual kepada orang ramai adalah sama seperti mencuri harta orang lain. Mungkin hari ini anda boleh gembira dan bersenang lenang menikmati ribuan wang ringgit hasil dari mencuri harta orang lain tetapi….. bagaimana pula dengan kerberkatannya?

Atau adakah beliau merasakan “keberkatan” itu tiada makna untuknya, maka sebab itulah beliau begitu rakus mengaut wang dan keuntungan tanpa sedikitpun rasa malu, bersalah dan berdosa?.

Kepada peserta-peserta bengkel beliau, saya amat bersimpati kerana mereka tidak bersalah sebaliknya menjadi mangsa penipuan penganjur bengkel tersebut. Amat menyedihkan kerana peserta bengkel terpaksa membayar yuran kursus ratusan ringgit  tetapi hasilnya……ingin saya ingatkan kepada bekas peserta atau bakal peserta bengkel tersebut supaya lebih berhati-hati agak tidak bersekongkol / bersubahat melakukan kejahatan. Saya tahu, niat, tujuan dan hasrat peserta menyertai bengkel tersebut adalah suci iaitu untuk menambah ilmu dan pengetahuan dalam bidang taska dan tadika sebelum menjalankan perniagaan taska / tadika. Agar Allah memberkati niat dan usaha yang dilakukan sebaik-baiknya carilah ilmu dari sumber yang halal kerana kita berniaga bukanlah untuk setahun dua tetapi biarlah perniagaan tersebut berpanjangan dan diberkati olehNya.

Akhir kata, nasihat saya kepada pihak yang tak bertanggungjawab segera hentikan perbuatan terkutuk itu demi memertabatkan maruah tadika dan taska di Malaysia. Jangan lupa tentang tanggungjawab kita sebagai pengusaha atau bakal pengusaha tadika / taska, iaitu untuk mewujudkan tadika / taska yang berkualiti di Malaysia demi anak-anak bangsa yang tercinta.

P.S bagaimana cara untuk mengelak ebook / produk / cd / dll  dari dicetak rompak?  saya amat mengalu-alukan pandangan dari pengunjung setia blog ini. Harap dapat berikan komen anda di sini.

Persediaan Dokumen Untuk Kertas Kerja TADIKA

Posted in May 5th, 2009

Assalamualaikum dan salam  sejahtera.

Bagaimana dengan cuti Hari Pekerja yang lepas?. Semoga kita semua lebih bersemangat untuk memburu impian. Saya yakin setiap pengunjung blog ini mempunyai impian masing-masing, jadi, inilah masanya untuk anda mengatur langkah agar impian anda itu tercapai.

Hari ini saya akan menyambung post saya yang lepas iaitu berkenaan dengan seminar TADIKA yang telah saya hadiri pada 28.4.2009 di Good Hope Hotel, Johor Bahru. Saya ingin berkongsi intipati seminar tersebut dengan anda semua. Semoga kita sama-sama dapat mengambil manfaat dan menambah ilmu yang sedia ada khasnya dalam penubuhan TADIKA.

SUSUNAN KERTAS KERJA & DOKUMEN PERSEDIAAN INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA TADIKA.

1. DOKUMEN Iringan dalam Kertas Kerja:

1. Gambar Premis dari sudut hadapan dan tepi (Tadika )

2. Surat SSM (ROB) – Pengesahan Carian Nama IPS (Booking Nama Tadika)

3. Permit Guru Besar ( 3 tahun ) / Sijil Guru Besar (Pesara Guru / Bekas Guru)

4. Salinan Kad Penganalan semua nama yang tersenarai dalam kertas kerja

dan Sijil Akademik /Profesional

5. Surat Perjanjian Sewaan Premis / Sale Purchase Agreement (Milik Sendiri)

6. CFO Premis / Cukai Tahunan Premis ( 5 salinan dikepilkan )

7. Pelan Lokasi ke premis (lukisan computer) ( 5 salinan dikepilkan )

8. Pelan Lantai dengan ukuran dalam kiraan kaki ( 5 salinan dikepilkan )

( 5 set salinan dokumen di atas tidak dibinding/ dimasukkan dalam kertas kerja)

9. Surat Perjanjian Franchais ( jika terlibat) Continue reading this post…

Seminar Penubuhan Institusi Pendidikan Swasta - TADIKA

Posted in April 30th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung blog MyTadika.com.
Semoga anda semua sihat, ceria dan sukses selalu.

Pada 28/4/2009 yang lepas, saya telah berpeluang menghadiri seminar penubuhan institusi pendidikan swasta (IPS) yang telah diadakan di Hotel Good Hope, Skudai, Johor Bahru. Meskipun pada tahun 2007, saya telah menyertai seminar yang sama tetapi oleh kerana ingin menambah dan updatekan ilmu maka saya meluangkan masa (8pagi - 2pm) menghadiri seminar tersebut.

Tahniah kepada Jabatan Pendidikan Johor (Cik Norbiha, Tn. Haji Mohd Saad dan pegawai-pegawai lain) atas usaha dan komitmen mengadakan seminar yang amat berfaedah itu.  Dengan bayaran RM80 (termasuk 2 kali makan) ianya amat berbaloi kerana setiap peserta seminar diajar dengan terperinci bagaimana untuk menubuhkan Tadika, Pusat Tuisyen, Pusat Bahasa, Pusat Perkembangan, Pusat Kemahiran dan Pusat Latihan Komputer. Continue reading this post…

About The Site

myimgblog.Mytadika.com is the extension of Mytadika.com to share knowledges and keep up-to-date with the news and tips in pre-school education. It is our responsibilities to educate youngsters, and the first step is pre-school education.