Category
EBOOK TADIKA DAN TASKA DICETAK ROMPAK OLEH PELANGGAN
Assalamualaukum dan salam sejahtera
Info hari ini agak menyedihkan dan mengecewakaan ……
Saya telah menerima maklumat dari sumber yang sahih memberitahu bahawa ebook dan cd hakmilik rahsiabisnbestaska.com dan rahsiabisnestadika.com telah dicetak rompak oleh pihak yang tak bertanggunjawab. Menurutnya cd dan ebook saya tersebut diberikan kepada para peserta yang mengikuti bengkel taska tadika yang dianjurkan oleh syarikat B—– V—— setiap bulan di UPM, Selangor.
Saya amat menyesali perkara ini kerana ia dilakukan oleh pemilik syarikat dan penganjur bengkel tersebut F—- S——- yang mana beliau adalah bekas pelanggan saya yang membeli cd tersebut dari saya. Untuk makluman saya tidak pernah memberi keizinan kepada beliau menggunakan bahan-bahan hasil dari penat lelah dan tulisan tangan saya, beliau juga tidak pernah memaklumkan kepada saya atau meminta izin secara bertulis untuk menggunakan bahan-bahan tadika dan taska hakmilik saya bagi peserta bengkel beliau. Dengan kata lain beliau telah mencuri harta orang lain dan melakukan cetak rompak tanpa rasa bersalah dan berdosa.
Ingin saya ingatkan di sini (mungkin beliau terlupa atau sengaja tidak mahu mengingatnya)
Sesungguhnya Allah telah memberi peringatan janganlah kamu memakan harta yang tidak halal iaitu harta yang diperolehi dengan cara haram kerana kelak ianya akan membinasakan anda sendiri. Ketahuilah melakukan cetak rompak kemudian menjual kepada orang ramai adalah sama seperti mencuri harta orang lain. Mungkin hari ini anda boleh gembira dan bersenang lenang menikmati ribuan wang ringgit hasil dari mencuri harta orang lain tetapi….. bagaimana pula dengan kerberkatannya?
Atau adakah beliau merasakan “keberkatan” itu tiada makna untuknya, maka sebab itulah beliau begitu rakus mengaut wang dan keuntungan tanpa sedikitpun rasa malu, bersalah dan berdosa?.
Kepada peserta-peserta bengkel beliau, saya amat bersimpati kerana mereka tidak bersalah sebaliknya menjadi mangsa penipuan penganjur bengkel tersebut. Amat menyedihkan kerana peserta bengkel terpaksa membayar yuran kursus ratusan ringgit tetapi hasilnya……ingin saya ingatkan kepada bekas peserta atau bakal peserta bengkel tersebut supaya lebih berhati-hati agak tidak bersekongkol / bersubahat melakukan kejahatan. Saya tahu, niat, tujuan dan hasrat peserta menyertai bengkel tersebut adalah suci iaitu untuk menambah ilmu dan pengetahuan dalam bidang taska dan tadika sebelum menjalankan perniagaan taska / tadika. Agar Allah memberkati niat dan usaha yang dilakukan sebaik-baiknya carilah ilmu dari sumber yang halal kerana kita berniaga bukanlah untuk setahun dua tetapi biarlah perniagaan tersebut berpanjangan dan diberkati olehNya.
Akhir kata, nasihat saya kepada pihak yang tak bertanggungjawab segera hentikan perbuatan terkutuk itu demi memertabatkan maruah tadika dan taska di Malaysia. Jangan lupa tentang tanggungjawab kita sebagai pengusaha atau bakal pengusaha tadika / taska, iaitu untuk mewujudkan tadika / taska yang berkualiti di Malaysia demi anak-anak bangsa yang tercinta.
P.S bagaimana cara untuk mengelak ebook / produk / cd / dll dari dicetak rompak? saya amat mengalu-alukan pandangan dari pengunjung setia blog ini. Harap dapat berikan komen anda di sini.
BULAN MEMPROMOSIKAN TADIKA ANDA
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Rasa macam tak percaya pula yang kita sudah berada di bulan September. .. oooh cepatnya masa berlalu meninggalkan kita. Bagi mereka yang merancang masanya dengan baik, maka beruntunglah dia dan begitulah sebaliknya…..
“Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian…”
Memandangkan kita sudah berada di bulan-bulan akhir 2009 dan akan menyambut sesi persekolahan 2010, maka saya ingin membincangkan perkara yang teramat penting dalam dunia perniagaan TADIKA iaitu iklan dan promosi.
Saya percaya, bermula dari sekarang para pengusaha TADIKA agak sibuk mempromosikan tadika mereka untuk pendaftaran pelajar bagi sesi 2010. Di tempat saya, sudah kelihatan sepanduk / banner TADIKA di tepi jalan. Brosur / phamplet TADIKA sudah mula diedar ke kawasan taman perumahan dan kesana sini. Maklum sajalah selepas raya nanti ibubapa akan mula mengintai-intai TADIKA untuk mendaftarkan anak mereka. Oleh itu bagi Pengusaha TADIKA yang bijak, inilah masanya untuk melakukan promosi secara aktif dan kreatif. Continue reading this post…
Apa komen anda?
Assalamualaiukum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung setia blog ini.
Wow rupanya sudah hampir 4 bulan saya tidak menulis di blog ini (rasa macam baru 4 minggu je, eehmm). Kenyataannya masa kini berlalu semakin pantas meninggalkan kita, jadi untuk tidak jauh ketinggalan di belakang maka kita perlu berjalan berlari dengan pantas, agar seiringan dengan masa.
Sebentar tadi saya menerima panggilan talifon daripada Pn. Nora dari Kota Tinggi, Johor. Saya agak terharu dengan pengakuan Pn. Nora yang memberi komen tentang ebook Rahsia Bisnes Tadika. Menurut beliau terlalu banyak maklumat yang beliau pelajari dari ebook tersebut. Langkah demi langkah bagaimana menubuhkan dan menguruskan tadika diceritakan dengan jelas dari A hingga Z. Puan Nora mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana saya sudi berkongsi ilmu dan pengalaman di dalam ebook rahsia bisnes tadika tersebut.
“Puan Ummi Sofea, saya amat berpuas hati membeli PAKEJ SUPERDEAL ianya terlebih berbaloi dari apa yang saya harapkan, ebook rahsia bisnes tadika tersebut menceritakan semuanya dari A hingga Z tentang perniagaan Tadika, puan telah sediakan semuanya dalam PAKEJ SUPERDEAL tersebut, tinggal suap masuk ke mulut sahaja” begitulah kata-kata Pn. Nora ketika menalipon saya.
Sebenarnya hampir setiap hari saya menerima sms dari para pelanggan dan juga panggilan talifon. Mereka mengucapkan terima kasih kerana ebook rahsia bisnes tadika yang saya tulis itu banyak membantu beliau untuk memahami, mengumpul maklumat dan mengandungi tip-tip berguna dalam perniagaan tadika. Saya memohon maaf kerana tidak dapat membalas kesemua sms yang dihantar. (Bulan Disember dan Januari adalah antara bulan-bulan yang “mencabar” bagi pengusaha tadika, betul tak?)
Khas kepada para pelanggan yang telah membeli PAKEJ SUPERDEAL dan membaca ebook rahsia bisnes tadika sekali berulang-ulang kali, anda boleh berikan komen dan pendapat anda berkenaan dengan ebook tersebut di sini. semoga para pengunjung lain juga dapat berkongsi maklumat tentang keistimewaan dan kekurangan ebook rahsia bisnes tadika.
KURSUS TADIKA ANJURAN PERSATUAN TADIKA ISLAM MALAYSIA

Tajuk Kursus: Memupuk ciri-ciri khalifah dalam pendidikan awal kanak-kanak & pergerakan kreatif
Sasaran: pengetua, guru-guru dan kakitangan tadika
Pengisian: (i)Teknik dan konsep bagaimana untuk memupuk ciri-ciri khalifah dalam diri kanak-kanak dan menerapkan kecintaan kepada Allah dalam diri guru dan murid. (ii) Pergerakan kreatif bagi membantu perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak.
Tarikh: 27/Julai/2008
Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Bilik Titanium, Blok 2, SIRIM Berhad, Shah Alam, Selangor
Penceramah:
(i) Dr Azizan Bin Ahmad (Pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia)
(ii) Puan Khairul Bariah Bt Haroen ( Dip. Creative Movement, Uni. Toronto, D.Degree in TESL & Music, Uni. Michigan, Master in Human Development, UPM)
Bayaran: RM60 seorang (termasuk makan 3X, bahan dan sijil)
PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG! Sila hubungi Pn. Hjh Siti Pauziah (019-3321963)
SIRI 2 - Lawatan Kerja ke Tadika-tadika Islam di Indonesia
Tahukah anda yang anda boleh membina 3G puzzle dengan kotak-kotak terpakai? Mungkin tidak ramai yang sedar bahan-bahan terpakai seperti kotak, bekas telor, kad jemputan kahwin, surat khabar lama, kertas pembalut hadiah, botol air mineral dan banyak lagi barang-barang yang ada di rumah anda boleh digunakan semula untuk “mencipta” alat permainan kanak-kanak , puzzle, bahan bantu mengajar, alat muzik dan banyak lagi.
Cuba anda lihat gambar di bawah. Ini adalah hasil kreativiti kanak-kanak tadika (sambil dibantu oleh guru mereka) telah berjaya “menciptakan” 3G puzzle. Ia bukan sahaja nampak menarik tetapi juga boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti p & p . Jangan bazirkan wang anda untuk membeli 3G puzzle atau flash card yang mahal sebaliknya cipta sendiri bersama pelajar tadika anda ketika pembelajaran komponen kreativiti dan estetika.

Beg kertas yang terpakai jangan dibuang, sebaliknya kumpulkan beg-beg kertas (paper bag) yang anda perolehi apabila menghadiri kendiri kahwin, mendapat hadiah dari kawan-kawan, dan sebagainya. Berikan beg-beg kertas terpakai itu kepada pelajar tadika anda bersama bahan-bahan untuk mnghias beg-beg tersebut. Anda akan terkejut apabila melihat hasilnya nanti. Tak percaya? anda boleh cuba meminta pelajar anda membuatnya berdasarkan kreativiti masing-masing. Pelajar bukan sahaja berasa seronok kerana dapat mencipta beg kertas yang baru tetapi juga bertambah gembira kerana dapat melahirkan daya kreativitinya sendiri. Continue reading this post…
JADUAL KURSUS PRASEKOLAH 2008 DI UKM
PROGRAM LATIHAN SUMBER MANUSIA
PRA-SEKOLAH (TADIKA)
UKM HOLDINGS SDN BHD
UNIVERSITI KEBANGSAAN
|
Bil |
Kursus |
Hari |
Yuran |
Tempat |
Tarikh |
|
1. |
Curriculum Development Workshop For Pre-School |
2 |
RM |
UKM |
19 - 20/7/08 |
|
2. |
Kursus Pengurusan Tadika |
3 |
RM550 |
UKM |
25 – 27/7/08 |
|
3. |
Kursus Asas Simpan Kira dan Perakaunan |
2 |
RM450 |
UKM |
9 – 10/8/08 |
|
4. |
Kursus Asas Perniagaan |
2 |
RM450 |
UKM |
23 – 24/08/08 |
|
5. |
Testing And Measurement In Teaching |
2 |
RM450 |
UKM |
18 – 19/10/08 |
|
6. |
Team Building Course |
3 |
RM550 |
UKM |
24 – 26/10/08 |
|
7. |
Kursus Fail Meja |
2 |
RM450 |
UKM |
8 – 9/11/08 |
|
8. |
Kursus Multimedia Dalam Pendidikan |
3 |
RM550 |
UKM |
18 – 20/11/08 |
|
9. |
Proses Keibubapaan Yang Berjaya |
1 |
RM150 |
UKM |
25/10/08 |
|
10.. |
Kursus Kaunseling Untuk Guru-Guru Tadika |
2 |
RM450 |
UKM |
1 – 2/12/08 |
|
11. |
Effective Pedagogical Skill |
3 |
RM550 |
UKM |
16 – 18/12/08 |
|
12. |
Effective Classroom Management & Communication |
2 |
RM450 |
UKM |
30 - 31/12/08 |
|
|
UKM Holdings Sdn Bhd
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-89213187
Fax : 03-89263892
Email : mira@ukm.my
hubungi: MOHD FADZIL BIN EKHWAN (Eksekutif Latihan)
SIRI 1 - Lawatan kerja ke Tadika-tadika Islam di Indonesia
Syukur saya telah berpeluang mengikuti rombongan lawatan kerja ke tadika-tadika Islam di Indonesia pada 24.5.2008 hingga 27.5.2008. Lawatan selama 4 hari yang dianjurkan oleh Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) dengan kerjasama RISEAP memberi banyak ilmu dan pengalaman baru kepada saya. Rombongan kami seramai 40 orang berpeluang melawat sebuah tadika islam di Bandung dan 3 buah tadika islam di kota Jakarta seperti Sekolah Alam Bandung, Sekolah Alam Sains AlJannah dan Tadika Raudatul Atfal. Kami amat bertuah sekali kerana lawatan kami diuruskan oleh Yayasan Pendidikan Bakti Wanita Islam Indonesia (YPBWI), misi perjalanan kami menjadi lebih mudah dan teratur. Seterusnya, sambutan yang diberikan kepada kami terlalu istimewa seolah-olah kami adalah duta Malaysia



Lagu Tema Hari Guru 2008

GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG
Guru cemerlang mengasih dan menyayang
Mendidik anak bangsa seikhlas jiwa
Gigih terus berbakti, hidup penuh berbudi
Maruah profesional disanjung tinggi
c/0
Guru berjasa berkhidmat dengan setia
Menjulang nama bangsa di mata dunia
Hebat tidak bermegah, waja dan berkarisma
Realisasi visi dan sejati
Guru cemerlang Negara terbilang
Keunggulan pendidikan di mata bangsa
Guru cemerlang Negara terbilang
Kesejahteraan Malaysia berkibaran
Lagu & Lirik : Rosli Ahmad, BTP
DOWNLOAD MP3 lagu tema hari guru di sini.
SAMBUTAN HARI GURU 2008

Saya percaya kebanyakkan institusi tadika menjadikan sambutan hari guru sebagai aktiviti tahunan tadika mereka. Dimana cikgu dan pelajar tadika akan meraikan sambutan Hari Guru pada setiap 16 Mei (esok) bersama-sama . Melalui pengalaman saya yang lepas, sambutan hari guru di tadika saya amat meriah dan satu kenangan yang terlalu manis bagi setiap guru. Pada hari tersebut pelajar-pelajar tadika akan membawa pelbagai makanan seperti kek, kuih muih, biskut, nasi beriyani, nasi ayam, mee goreng, hadiah dan banyak lagi untuk dimakan bersama-sama guru dan pelajar-pelajar lain. (meskipun guru tidak meminta pelajar membawa makanan dan hadiah tetapi pelajar-pelajar tersebut seolah-olah faham betapa pentingnya sambutan hari guru kepada mereka).
Tahukah anda sejarah, objektif dan apa yang tersirat di sebalik sambutan Hari Guru itu ? Jom kita sama-sama menghayatinya …..
PENGENALAN HARI GURU
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
OBJEKTIF HARI GURU
Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan. Continue reading this post…
5 BULAN SUDAH BERLALU….. IANYA TAK AKAN KEMBALI LAGI
Keterangan Foto: kanak-kanak tadika mengadakan aktiviti lawatan sambil belajar 2008
Keterangan Foto: Sukan Tahunan Tadika 2007
(klik gambar di atas untuk melihat dengan lebih besar)
Salam sejahtera untuk semua warga MyTadika.com
Semoga anda semua sihat dan ceria. Begitu pantas masa berlalu, pejam celik pejam celik, rupanya sudah hampir 5 bulan kita menjalani tahun 2008.
Cuba kita fikir sejenak…. Sepanjang tempoh 5 bulan ini apakah pencapaian yang telah anda
perolehi? tak pasti? belum ada sebarang pencapaian? oohh tidak! 5 bulan sebenarnya satu tempoh yang panjang, sekiranya anda sendiri tidak pasti apakah pencapaian atau perkara positif yang anda telah perolehi sepanjang tempoh 5 bulan tersebut, maafkan saya kalau saya katakan “Sesungguhnya anda seorang yang rugi, berada dalam kerugian dan merugikan orang lain!”
Ok, saya tak nak bercoleteh panjang macam mak nenek pulak, kerana saya faham anda semua sibuk dengan tugasan harian dan mungkin ada yang kurang selesa bila “kena sound” dengan saya. Hee hee.
So, BERITA BAIK bulan ini ialah saya telah menyediakan ebook percuma untuk anda semua (khas bagi ahli MyTadika.com). Sudah tentu ebook ini sesuai digunakan untuk kanak-kanak tadika. Anda boleh download ebook percuma DI SINI
====================================
P.S Mulakan langkah kejayaaan anda sekarang, jangan biarkan hari-hari berlalu tanpa sebarang pencapaian.
P.S.S Ketahui peluang perniagaan tadika yang menguntungkan, KLIK DI SINI
P.S.S Ebook Rahsia Bisnes TASKA akan muncul tak lama lagi. Tunggu ketibaannya….
blog.Mytadika.com is the extension of Mytadika.com to share knowledges and keep up-to-date with the news and tips in pre-school education. It is our responsibilities to educate youngsters, and the first step is pre-school education.






