Browsing This
BULAN MEMPROMOSIKAN TADIKA ANDA
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Rasa macam tak percaya pula yang kita sudah berada di bulan September. .. oooh cepatnya masa berlalu meninggalkan kita. Bagi mereka yang merancang masanya dengan baik, maka beruntunglah dia dan begitulah sebaliknya…..
“Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian…”
Memandangkan kita sudah berada di bulan-bulan akhir 2009 dan akan menyambut sesi persekolahan 2010, maka saya ingin membincangkan perkara yang teramat penting dalam dunia perniagaan TADIKA iaitu iklan dan promosi.
Saya percaya, bermula dari sekarang para pengusaha TADIKA agak sibuk mempromosikan tadika mereka untuk pendaftaran pelajar bagi sesi 2010. Di tempat saya, sudah kelihatan sepanduk / banner TADIKA di tepi jalan. Brosur / phamplet TADIKA sudah mula diedar ke kawasan taman perumahan dan kesana sini. Maklum sajalah selepas raya nanti ibubapa akan mula mengintai-intai TADIKA untuk mendaftarkan anak mereka. Oleh itu bagi Pengusaha TADIKA yang bijak, inilah masanya untuk melakukan promosi secara aktif dan kreatif.
Apa yang saya maksudkan secara aktif dan kreatif ialah, mereka akan berlumba-lumba menggantung sepanduk, menampal poster, mengedar brosur di tempat-tempat sasaran seperti di kawasan perumahan, rumah kedai dan pejabat. Walau apa carapun yang digunakan, nasihat saya, lakukan promosi secara sihat, sopan dan berhemah. Jangan membuang banner pesaing anda semata-mata kerana ingin meletak banner kita. Jangan memburuk-burukkan TADIKA lain semata-mata kerana inginkan ibubapa mendaftar di tadika kita.
bersambung lagi….
4 Users Commented In " BULAN MEMPROMOSIKAN TADIKA ANDA "
mana-mana tadika berminat untuk membuat brochure atau pengiklanan 2010 bolehlah melawati blog saya ye.
Hi..sekiranya ingin perkhidmatan bagi promosi dan pengilanan serta mural..hubungi saya
017-3657602
CMNE NK PROMOTE TADIKA KT PUBLIC EH?
my kindi located at saujana damansara(damansara damai) come & visit for further info. tq
blog.Mytadika.com is the extension of Mytadika.com to share knowledges and keep up-to-date with the news and tips in pre-school education. It is our responsibilities to educate youngsters, and the first step is pre-school education.






