Browsing This
EBOOK TADIKA DAN TASKA DICETAK ROMPAK OLEH PELANGGAN
Assalamualaukum dan salam sejahtera
Info hari ini agak menyedihkan dan mengecewakaan ……
Saya telah menerima maklumat dari sumber yang sahih memberitahu bahawa ebook dan cd hakmilik rahsiabisnbestaska.com dan rahsiabisnestadika.com telah dicetak rompak oleh pihak yang tak bertanggunjawab. Menurutnya cd dan ebook saya tersebut diberikan kepada para peserta yang mengikuti bengkel taska tadika yang dianjurkan oleh syarikat B—– V—— setiap bulan di UPM, Selangor.
Saya amat menyesali perkara ini kerana ia dilakukan oleh pemilik syarikat dan penganjur bengkel tersebut F—- S——- yang mana beliau adalah bekas pelanggan saya yang membeli cd tersebut dari saya. Untuk makluman saya tidak pernah memberi keizinan kepada beliau menggunakan bahan-bahan hasil dari penat lelah dan tulisan tangan saya, beliau juga tidak pernah memaklumkan kepada saya atau meminta izin secara bertulis untuk menggunakan bahan-bahan tadika dan taska hakmilik saya bagi peserta bengkel beliau. Dengan kata lain beliau telah mencuri harta orang lain dan melakukan cetak rompak tanpa rasa bersalah dan berdosa.
Ingin saya ingatkan di sini (mungkin beliau terlupa atau sengaja tidak mahu mengingatnya)
Sesungguhnya Allah telah memberi peringatan janganlah kamu memakan harta yang tidak halal iaitu harta yang diperolehi dengan cara haram kerana kelak ianya akan membinasakan anda sendiri. Ketahuilah melakukan cetak rompak kemudian menjual kepada orang ramai adalah sama seperti mencuri harta orang lain. Mungkin hari ini anda boleh gembira dan bersenang lenang menikmati ribuan wang ringgit hasil dari mencuri harta orang lain tetapi….. bagaimana pula dengan kerberkatannya?
Atau adakah beliau merasakan “keberkatan” itu tiada makna untuknya, maka sebab itulah beliau begitu rakus mengaut wang dan keuntungan tanpa sedikitpun rasa malu, bersalah dan berdosa?.
Kepada peserta-peserta bengkel beliau, saya amat bersimpati kerana mereka tidak bersalah sebaliknya menjadi mangsa penipuan penganjur bengkel tersebut. Amat menyedihkan kerana peserta bengkel terpaksa membayar yuran kursus ratusan ringgit tetapi hasilnya……ingin saya ingatkan kepada bekas peserta atau bakal peserta bengkel tersebut supaya lebih berhati-hati agak tidak bersekongkol / bersubahat melakukan kejahatan. Saya tahu, niat, tujuan dan hasrat peserta menyertai bengkel tersebut adalah suci iaitu untuk menambah ilmu dan pengetahuan dalam bidang taska dan tadika sebelum menjalankan perniagaan taska / tadika. Agar Allah memberkati niat dan usaha yang dilakukan sebaik-baiknya carilah ilmu dari sumber yang halal kerana kita berniaga bukanlah untuk setahun dua tetapi biarlah perniagaan tersebut berpanjangan dan diberkati olehNya.
Akhir kata, nasihat saya kepada pihak yang tak bertanggungjawab segera hentikan perbuatan terkutuk itu demi memertabatkan maruah tadika dan taska di Malaysia. Jangan lupa tentang tanggungjawab kita sebagai pengusaha atau bakal pengusaha tadika / taska, iaitu untuk mewujudkan tadika / taska yang berkualiti di Malaysia demi anak-anak bangsa yang tercinta.
P.S bagaimana cara untuk mengelak ebook / produk / cd / dll dari dicetak rompak? saya amat mengalu-alukan pandangan dari pengunjung setia blog ini. Harap dapat berikan komen anda di sini.
9 Users Commented In " EBOOK TADIKA DAN TASKA DICETAK ROMPAK OLEH PELANGGAN "
Memang sedih produk kita di’curi’ orang
1- jadikan hak milik kita sebagai Harta Intelek yang ada di kementerian perdagagan dlm negeri, hal ehwal Pengguna. baru kita boleh saman diaorang……
2- sebarkan ke seluruh pengusaha produk tersebut hak milik kita
3- bersemuka dengan ‘pencuri’ terbabit ….
Wallhualam..
1- SALAM GI BUAT PATEN KAT KEMNETERIAN PERDAGAGAN DAN HAL EHWAL PENGGUNA
2- PASTU BERSEMUKA, THEN SLOW TALK. KALU TAK JUGAK
3- SAMAN JE………….
TQVM…
PS: RASA SAKIT HATI BILA APA YANG KITA IKHTIARKAN USAHAKAN PENAT LELAH DI’CURI’ ORANG TANPA BELAS EHSAN….KES NAYA NI…
salam..
sy adalah slh s’org peserta bengkel..
feel sad 4 u..
harap u halalkn apa y i dpt..
sb, i xtau mane source die dpt cd 2..
i br nk cebur diri dlm bisnes taska..
u halalkn la..i takut i bukak taska xberkat..
puan saya telah membeli pakej super deal dendan puan dah setahun lebih. tapi sampai hari ni sya tak dapat lagi password untuk vip download. macam mana ni puan lam sangat dah saya tunggu dan beberapa kali hantar email. tapi tak ada jawapan
Assalam,
Saya ingin memberi sedikit kupasan. Apa yg telah anda hasilkan tidak memerlukan paten tetapi termasuk dalam Hakcipta (copyright) yang mana kalau tidak silap saya mempunyi jangka hayat 20 tahun (sila rujuk peguam hakcipta untuk kepastian) dan royalti sepatutnya di beri dalam tempoh tersebut. Seperti Lagu-Lagu ciptaan artis2 tempatan termasuk dalam Hakcipta.
Untuk kes saudara/saudari, boleh bawa ke mahkamah memohon gantirugi hakcipta. Seeloknya dapatkan nasihat peguam dahulu. Lebih baik dari tak buat apa2 berdiam diri membiarkan syarikat/penganjur MENGAMBIL tanpa melalui cara yg HALAL hasil titik peluh orang.
Jika nak settle, sebolehnya syarikat/penganjur membayar royalti kepada anda mengikut kos yg tertetapkan oleh anda. Jgn termakan dgn pujuk rayu syarikat yg meminta diskaun dari anda.
Keputusan di tangan saudara/saudari.
sy pun mengalami perkara yg sama. Sedih… tp salah kita gak sbb tak dftar hakmilik. Jd akan dtg sy akn pstikan perkara tu didftrkan. Jom kita wt sesama.
Terima kasih atas sokongan dan nasihat dari semua pengunjung.
Buat masa ini saya belum bercadang untuk bawa kes ke mahkamah, cuma permintaan saya hentikanlah kerja cetak rompak itu, kerana 2 minggu lepas, saya masih menerima panggilan dari peserta kursus Bengkel…. memaklumkan kepada saya yang cd cetak rompak tersebut masih diedarkan kepada peserta kursus…
salam, saya amat bersimpati dengan puan..dan jika tak salah saya org yang tidak bertanggungjawab itu pada masa sekarang adalah salah seorang ahli jawatankuasa sebuah perbadanan membantu anak yatim dan ibu tunggal dan menganjurkan program francais anjuran yayasan tersebut..yang menjadi hairannya tidakkah dia berasa berdosa dengan mencuri harta org lain dan menyalurkan hasilnya ke tempat yayasan yang membantu org2 susah tu…astaghfirullah, manusia sanggup melakukan apa sahaja kerana kekayaan..bersama2lah kita doakan Allah akan menunjukkan kebenaran..amin..bersabarlah puan, kami semua akan menyokong puan..
mohd nor azami bin mohd alias says,
1-10-2010 at 11:11:03 from 115.132.9.40
Salam En No Azami. Maaf saya tak perasan email saudara. Minta encik emailkan semula ke alamat email ini bisnestadika@gmail.com.
Saya akan replykan email encik sebaik sahaja mendapat email baru dari encik. Minta maaf atas kesulitan.
tq
blog.Mytadika.com is the extension of Mytadika.com to share knowledges and keep up-to-date with the news and tips in pre-school education. It is our responsibilities to educate youngsters, and the first step is pre-school education.






