INCLUDE_DATA

http://blog.mytadika.com

“Panduan Mudah, Padat dan Praktikal Perniagaan dan Pengurusan Tadika”

Site Pages

Penulis

Posted in May 15th, 2007

welcome-glitter-16.gif

Kata orang tak kenal, maka tak cinta, jadi marilah kita kenali terlebih dahulu siapa penulis Blog Perkhidmatan Tadika ini. Ini adalah serba sedikit berkenaan dengan penulis.

1996 - Penulis memulakan karier beliau sebagai seorang Peguam.

1999 - Penulis membuka firma guamannya sendiri (sole-proprietorship) .

2002 - Penulis mula menceburkan diri dalam perniagaan perkhidmatan tadika & taska. (Perniagaan ini dijalankan secara sambilan kerana karier utama Penulis ialah Peguam).

2005 - Penulis membuka cawangan kedua perniagaan tadika. Perniagaan tadika ini masih dilakukan secara sambilan memandangkan penulis makin aktif dengan karier utamanya sebagai seorang Peguam.

Oktober 2006 - Penulis menambahkan 2 cawangan baru tadika. Kini penulis mempunyai 4 cawangan semuanya (3 cawangan di Johor dan 1 cawangan di Selangor).

November 2006 - Penulis menamatkan kariernya sebagai Peguam. Ini BUKAN disebabkan kerana penulis ingin menjadikan perniagaan tadika sebagai karier utamanya atau menjalankan perniagaan tadika secara sepenuh masa. BUKANNNNN. Tetapi disebabkan 2 faktor, iaitu faktor masa dan usia. Sepanjang bekerja sebagai peguam (walaupun firma milik sendiri) banyak masa penulis dikawal oleh ‘client’. Contohnya:

10.00pagi - ada temujanji dengan bank

11.30 pagi - ada temujanji dengan client di office

2.00 petang - ada temujanji dengan developer di pejabat ‘developer’

Jadi, masa penulis sentiasa diikat dan dikawal oleh ‘client’.

Faktor kedua ialah usia. 11 tahun penulis bergiat dalam bidang guaman. Di dalam kesibukan tugas harian, tanpa disedari usia sudah menjangkau 38 tahun. Sepanjang tempoh 11 tahun, masa penulis banyak dihabiskan diluar rumah. Jadi penulis ingin lebih banyak masa bersama anak-anak, suami dan keluarga di rumah.

PERNIAGAAN INTERNET: Ini adalah bidang baru bagi Penulis tetapi Penulis ingin jadikannya sebagai karier separuh masa Penulis. Walaupun pada dasarnya, tiada pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan internet, penulis akan terus berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu internet.

Penulis banyak menerima pertanyaan khasnya dari mereka yang mengenali penulis secara peribadi bagaimana untuk memulakan perniagaan tadika. Atas tanggungjawab sosial iaitu “ilmu perlu dikongsi bukan disembunyi…” maka penulis berusaha tanpa jemu menyediakan blog khas ini bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan perniagaan tadika, diharap blog ini dapat membantu mereka khasnya yang berminat untuk menceburkan diri dalam perniagaan tadika. Diharap juga, blog ini menjadi satu platform perkongsian informasi perniagaan tadika di Malaysia.

PESANAN KHAS DARI PENULIS: Agar usaha murni penulis tidak sia-sia, para pembaca diharap dapat memberi tindakbalas melalui ruangan ‘comment’. Para pembaca juga dialu-alukan mengemukakan soalan di ruangan ‘comment’ dan pihak penulis akan cuba menjawab soalan tersebut berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis. Ingat! “Ilmu perlu dikongsi bukan disembunyi…”

Salam ukhuwah dan keusahawanan dari Penulis

Jumpa anda di puncak jaya !!

1206199542.gif

ummisofea1.png

About The Site

myimgblog.Mytadika.com is the extension of Mytadika.com to share knowledges and keep up-to-date with the news and tips in pre-school education. It is our responsibilities to educate youngsters, and the first step is pre-school education.